Pelajar Tingkatan Dua maut disambar petir ketika memancing

SEORANG pelajar lelaki Tingkatan Dua maut dipercayai akibat disambar petir ketika memancing di tali air Kampung Tasek Berangan, Repek di Pasir Mas, petang tadi.

Mangsa yang berusia 14 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Pasir Mas (HPM).

Difahamkan, mangsa pergi memancing bersama rakan dan sepupunya di lokasi berkenaan yang terletak kira-kira dua kilometer dari rumahnya.

Bagaimanapun, keadaan cuaca yang bertukar buruk dengan hujan lebat menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk pulang.

Ketika bersiap untuk meninggalkan lokasi, mangsa dipercayai disambar petir dan meninggal dunia di tempat kejadian, lapor Harian Metro.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mazlan Hassan, ketika dihubungi memaklumkan pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu setakat ini.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here