Hutan bersebelahan IPD Sepang terbakar

KEBAKARAN hutan seluas kira-kira tujuh ekar berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang mencetuskan operasi pemadaman oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, awal pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.28 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) KLIA bersama bantuan BBP Sepang digerakkan ke lokasi yang terletak di laluan dari Nilai menghala ke Bandar Baru Salak Tinggi, sebelum IPD Sepang.

“Jentera pertama tiba di lokasi pada jam 1.48 pagi dan komander operasi mengesahkan kebakaran melibatkan kawasan hutan berbukit bersebelahan IPD Sepang.

“Anggaran keluasan kawasan yang terbakar adalah kira-kira tujuh ekar dan kerja-kerja pemadaman sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, operasi membabitkan 14 anggota dengan kekuatan sebuah Fire Rescue Tender (FRT), sebuah Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan sebuah Water Tanker.

Katanya, ketua balai turut dimaklumkan mengenai kejadian bagi menyelaras operasi di lokasi.

Setakat ini, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan, manakala operasi pemadaman diteruskan bagi mengelakkan api merebak ke kawasan berhampiran.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img