Isu hutang disyaki punca khianat motosikal dibakar, lelaki ditahan

PERSELISIHAN berkaitan hutang dipercayai menjadi punca seorang lelaki bertindak melakukan khianat dengan api terhadap sebuah motosikal di Flat Sri Johor, Cheras sebelum ditahan polis, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, suspek lelaki tempatan berusia lewat 30-an itu diberkas hasil serbuan dilakukan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) D7 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

Menurutnya, suspek ditahan di hadapan sebuah kediaman di Desa Pandan, Kuala Lumpur pada jam 8.29 malam hasil maklumat dan risikan dijalankan.

“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada isu hutang antara suspek dan pihak terbabit.

“Suspek kini direman selama empat hari sehingga 1 Julai depan bagi membantu siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kejadian khianat dengan api itu dilaporkan berlaku di Flat Sri Johor pada 24 Jun lalu kira-kira jam 1.30 pagi dan membabitkan sebuah motosikal.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img