Isu teknikal punca pemegang ‘fleet card’ tak terima kuota subsidi – KPDN

ISU sebahagian pemegang ‘fleet card’ Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) dan Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) tidak menerima kuota subsidi bahan api bermula 1 Mei lalu, berpunca daripada masalah teknikal.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berkata, ia berpunca daripada masalah integrasi antara sistem MySikap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan sistem MySubsidi KPDN.

‘’ Isu itu melibatkan sesetengah pemilik kenderaan yang memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM), mendaftar kenderaan baharu dan tukar milik kenderaan dari tempoh 1 hingga 28 April lalu,’’ kata KPDN dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, menurut kenyataan tersebut, KPDN sedang melaksanakan tindakan pembetulan dan semakan bersama pihak berkaitan bagi memastikan pengemaskinian data serta penjanaan semula kuota dapat dilaksanakan dengan segera.

‘’KPDN memaklumkan pemegang ‘fleet card’ SKDS dan SKPS yang terkesan boleh mengemukakan pemohonan untuk semakan dan pengemaskinian melalui pautan https://forms.gle/hQy1ZQZ2NZoBFJgeA selewat-lewatnya 5 petang ini,’’ kata KPDN.

Maklumat yang perlu disertakan termasuk nama syarikat, nombor pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), nombor pendaftaran kenderaan dan tarikh memperbaharui cukai jalan, pendaftaran kenderaan baharu atau tukar milik.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img