Jasad adik Nur Qaseh ditemukan 11km dari lokasi dilapor terjatuh

JASAD kanak-kanak perempuan, Nur Qaseh Deandra Mohd Qayyum, 9, yang dilaporkan hilang dibawa arus selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang di Bandar Mahkota Cheras, Kajang, kelmarin, ditemukan di Sungai Langat, hari ini.

Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Syariman Wan Salleh berkata, mayat ditemui sekitar jam 12.17 tengah hari tadi.

Mangsa ditemui kira-kira 11 kilometer dari lokasi dia dilaporkan terjatuh oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).

Ibu bapa mangsa juga sudah membuat pengecaman di lokasi.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kajang untuk proses bedah siasat.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img