Jenazah kakitangan JPS mangsa tudung terbelit selamat dikebumi malam ini

JENAZAH kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Selaton Nuri, 55, mangsa tragedi tudung terbelit pada penggelek (role gate) di Kunci Air Grand Sabak Hotel, Sabak Bernam petang semalam, selamat dikebumikan malam ini.

Jenazah ibu kepada enam anak berusia 23 hingga 36 tahun sebelum itu menjalani proses bedah siasat di Hospital Sungai Buloh (HSB) sebelum dimandi dan dikafankan.

Suasana pilu menyelubungi ahli keluarga Allahyarham sebaik van jenazah tiba di kediamannya di Kampung Bagan Terap di Sungai Besar kira-kira jam 5.30 petang.

Jenazah mangsa kemudian dibawa naik ke rumah untuk tatapan terakhir ahli keluarga sebelum dibawa ke Masjid Al-Mujahiddin, Pekan Bagan Terap untuk disolatkan.

Solat jenazah diimamkan anak lelaki Allahyarham, Riduan Basar, 26, sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Bagan Terap dan selamat dikebumikan jam 9.40 malam.

Media semalam melaporkan tragedi berlaku semasa Allahyarham yang bertugas sebagai penjaga kunci air menutup pintu air susulan keadaan air pasang, kira-kira jam 4 petang semalam.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here