Kongres PKR 2026: ‘Baharui tekad perjuangan agenda rakyat’ – Fahmi

KONGRES Nasional PKR 2026 yang melabuhkan tirainya hari ini menjadi medan memperbaharui tekad perjuangan dan memperkukuh gerak kerja parti dalam memastikan agenda perjuangan terus memberi manfaat kepada rakyat.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, kongres yang berlangsung selama dua hari itu bukan sekadar medan untuk berucap dan berbahas, malah menjadi ruang untuk bermuhasabah, mendengar suara akar umbi, menilai kekuatan, kelemahan parti serta memperbaharui tekad perjuangan.

Menurut beliau, amanat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi peringatan jelas bahawa perjuangan reformasi mesti berterusan dan kekuatan parti perlu sentiasa berpaksikan kepada kepentingan rakyat.

“Kita pulang ke kawasan masing-masing dan kembali bertemu rakyat, dengar pandangan mereka, fahami keresahan mereka dan terus cari jalan untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. Kita juga mesti memperkukuh organisasi dan bergerak sebagai satu pasukan yang tersusun serta berdisiplin.

“Cabaran politik akan terus datang, tetapi Keadilan mesti kekal teguh dengan prinsip dan agenda perjuangan rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam ini.

Fahmi memberitahu, meskipun kongres telah berakhir, tanggungjawab jentera parti masih berterusan dengan anggota parti itu perlu kembali bekerja lebih kuat, mendengar dan memastikan perjuangan itu terus membawa manfaat.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here