Johor perlukan pimpin, wakil rakyat bijak menilai, berani buat keputusan – Anwar

RAKYAT  Johor memerlukan pimpinan dan wakil rakyat yang bijak menilai keutamaan, berani membuat keputusan serta benar-benar memahami denyut nadi rakyat, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata gabungan itu akan terus membawa suara rakyat, mempertahankan kepentingan negeri dan memacu Johor menjadi lebih maju serta hebat untuk semua.

“Johor Ke Depan. Undi HARAPAN,” kata Anwar menerusi klip video di Facebook rasmi beliau bersempena dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Perdana Menteri turut menyeru jentera PH supaya bekerja keras, bagi memastikan kemenangan calon-calon parti itu pada PRN kali ini.

“Kita nak pilih wakil rakyat dan pimpinan yang mewakili kepentingan rakyat di Johor, rakyat Malaysia, Melayu, Cina, India work together, build this nation, angkat negeri ini menjadi hebat,” katanya.

Hari ini dan esok, Anwar yang juga Perdana Menteri akan berada di Johor bagi menghadiri 15 program bagi memberi sokongan kepada calon-caloh PH.

Program berkenaan meliputi sesi pertemuan bersama dengan rakyat, ceramah, ramah mesra dan program bersama dengan komuniti setempat, sebagai usaha memperkukuh sokongan pengundi terhadap PH menjelang hari pengundian.

Pada PRN kali ini, PH meletakkan calon di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) merangkumi 20 calon PKR, 19 calon Amanah dan 17 calon DAP.

Secara keseluruhan, PRN Johor menyaksikan sebanyak 172 calon bertanding merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Hari pengundian ditetapkan pada 11 Julai, manakala 7 Julai sebagai tarikah pengundian awal.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img