Remaja lelaki ditidurkan selepas dirempuh Yamaha RX-Z

SEORANG remaja lelaki berusia 13 tahun kini ditidurkan untuk rawatan, selepas terlibat dalam kemalangan dengan motosikal Yamaha RX-Z di simpang empat Jalan Buluh Gading, Kuala Nerus, Jumaat lalu.

Mangsa, Ahmad Asyraf, dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, selepas mengalami kecederaan serius akibat nahas berkenaan.

Bapanya, Talhah Mahmud, 61, berkata, anak sulungnya itu ditidurkan sejak tiga hari lalu, bagi membolehkan rawatan diberikan selepas mengalami luka melecur pada bahagian bawah badan.

Menurutnya, Ahmad Asyraf sempat tersedar seketika pada pagi Ahad, namun doktor mendapati degupan jantungnya meningkat dan perlu dipantau dengan rapi.

“Doktor memaklumkan rawatan anak saya mengambil masa yang panjang termasuk menunggu tisu untuk merawat bahagian luka,” katanya.

Dalam kejadian itu, motosikal Honda Beat yang dinaiki Ahmad Asyraf bersama ibunya dipercayai dirempuh sebuah motosikal Yamaha RX-Z yang menyertai perhimpunan RXZ Members 8.0.

Rempuhan terbabit menyebabkan berlaku tumpahan minyak sebelum kedua-dua motosikal terbakar.

Ahmad Asyraf dilaporkan mengalami luka melecur kira-kira 60 peratus dari paras pinggang ke bawah, manakala motosikal Honda Beat terbabit hangus sepenuhnya dan motosikal RX-Z mengalami kerosakan akibat kebakaran kira-kira 80 peratus.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img