Remaja perempuan maut terjatuh dari tingkat 16 kondominium

SEORANG remaja perempuan berusia 13 tahun ditemukan maut dipercayai terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Tanjung Tokong, Georgetown, semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang awam pada jam 6.45 petang.

“Hasil siasatan awal di lokasi mendapati mangsa, yang juga warga tempatan, dipercayai terjatuh dari unit kediamannya di tingkat 16 sebelum ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di tingkat 8 bangunan itu kira-kira jam 5.49 petang.

“Remaja itu kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan di lokasi serta ke atas tubuh mangsa tidak menemukan sebarang unsur jenayah.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang bagi tujuan bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan satu Laporan Mati Mengejut (LMM) telah dibuka untuk siasatan lanjut,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img