Kabinet setuju laporan RCI Tabung Haji didedah

KABINET hari ini setuju supaya Laporan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) Tabung Haji akan didedahkan.

Jurucakap Kerajaan Datuk Seri  Fahmi Fadzil, berkata laporan itu juga akan dibentang dan dibahaskan pada satu sidang khas Dewan Rakyat dalam masa terdekat.

Katanya, Jemaah Menteri memutuskan siasatan penuh oleh badan penguatkuasaan berdasarkan laporan tersebut akan diteruskan serta-merta.

“Jemaah Menteri mengambil maklum bahawa laporan ini telah menggariskan 25 syor tindakan penambahbaikan, dan pengurusan tertinggi TH telah berjaya melaksanakan 75% dari syor tersebut.

“Jemaah Menteri turut mengambil maklum bahawa TH sudah mengumumkan kadar agihan keuntungan sebanyak 3.5 peratus bagi tahun kewangan 2025, sekali gus menunjukkan bahawa pengurusannya kini berada dalam keadaan lebih baik.

“Pihak-pihak terbabit akan dibawa ke muka pengadilan sekiranya wujud sebarang pelanggaran undang-undang,” katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilaporkan berkata, kerajaan bersedia untuk mendedahkan laporan akhir RCI berkait TH dalam masa terdekat bagi membolehkan rakyat mengetahui hasil siasatan berhubung dakwaan penjualan aset strategik agensi itu.

Pemimpin Parti Bersama Malaysia (BERSAMA), Datuk Seri Rafizi Ramli, sebelum ini dipetik berkata laporan RCI terbabit sepatutnya didedahkan kepada umum pada seawal 2023 ketika ia mula-mula disiapkan.

Rafizi yang juga bekas Menteri Ekonomi, mendakwa tindakan melambatkan pendedahan laporan itu dipercayai berpunca daripada sikap berhati-hati Perdana Menteri yang mahu menjaga hati UMNO.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img