SEORANG kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) maut selepas tudung dipakainya terbelit pada ‘role gate’ dalam kejadian di Kunci Air Grand Sabak Hotel, Sabak Bernam hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.35 petang.
Beliau berkata, sepasukan lima anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sabak Bernam bergegas ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, Komander Operasi melaporkan seorang wanita warga tempatan berusia 56 tahun didapati terbaring di atas ‘gate’ kunci air. Siasatan awal mendapati tudung mangsa terbelit di ‘role gate’. Dia disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya dalam kenyataan.
Ashrul Riezal berkata, pihaknya kini menunggu siasatan polis untuk tindakan lanjut.





