SEORANG kanak-kanak lelaki berusia enam tahun maut selepas terjatuh ke dalam kolam takungan ketika memancing di Jalan Budiman di Kampung Melayu Kulai di Kulai hari ini.
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Awang Adzwan Awang Sahari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.17 pagi.
Menurutnya, sebanyak enam anggota bomba dan penyelamat bergegas ke lokasi dan tiba tujuh minit selepas panggilan diterima, lapor BH.
Beliau berkata, operasi mengeluarkan mangsa dilakukan menggunakan tali dan pengusung sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.





