Kapten, dua leftenan TUDM antara enam didakwa kes dadah

TIGA pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan tiga orang awam dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine menggunakan aset TUDM.

Mereka ialah Leftenan Amir Ariffudin Aminullah, 33; Leftenan Muhammad Arief Fauzan Mohd Ali, 27; Kapten Muhammad Amirul Faisall Rosdin, 34; Tan Sui Seng, 48; Nur Hanis Syafiqah Muhammed Amin, 28; dan Afifah Amdas, 34.

TIGA pegawai TUDM antara enam yang didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine di Pangkalan TUDM Subang pada 17 November lalu, di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini. GAMBAR: Ahmad Amirul Fahmi Ahmad Pauzi

Kesemua tertuduh hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan berikutan kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 96.2 kilogram di Pangkalan TUDM Subang pada 17 November lalu. Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan, jika tidak dijatuhi hukuman mati, hendaklah dikenakan tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Kes berkenaan susulan penahanan 11 individu termasuk lima pegawai dan anggota TUDM serta enam orang awam dalam operasi di Lembah Klang dan Labuan pada 17 November lalu. Mereka disyaki terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah menggunakan aset TUDM.

Dalam operasi itu, polis turut merampas 96.64 kilogram dadah disyaki syabu bernilai RM4.83 juta serta 6.98 kilogram bahan kimia.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here