Kebakaran kilang sejuk beku di Puchong, 80 peratus musnah

SEBUAH kilang pembekal makanan sejuk beku musnah kira-kira 80 peratus dalam satu kebakaran di Taman Perindustrian Maju Jaya, Puchong awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira jam 6.14 pagi sebelum jentera pertama tiba di lokasi 10 minit kemudian.

“Kebakaran melibatkan sebuah kilang frozen berkeluasan anggaran 40 x 80 kaki persegi dan dianggarkan 80 peratus terbakar. Tiada mangsa dilaporkan setakat ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, seramai 32 anggota dengan kekuatan beberapa jentera dikerahkan bagi operasi pemadaman yang masih dijalankan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img