Kejayaan IWK bukti komitmen negara perkukuh pengurusan air, sanitasi mapan – PM

DATUK Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kejayaan syarikat pembentungan nasional, Indah Water Konsortium (IWK) menjuarai Anugerah Agenda Pembangunan Mampan (SDG) pada Anugerah Air Global 2026 di Madrid, Sepanyol mencerminkan komitmen negara memperkukuh pengurusan air dan sanitasi secara mapan.

Perdana Menteri berkata, usaha itu selaras dengan Agenda Pembangunan Mampan (SDG) 2030.

GAMBAR: Facebook Anwar Ibrahim

“Semoga kejayaan ini terus menyuntik semangat untuk memperkukuh usaha membina negara lebih lestari, inklusif dan sejahtera demi generasi akan datang,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Semalam, IWK dilaporkan menjuarai Anugerah SDG6 pada Anugerah Air Global 2026 di Madrid, Sepanyol pada Selasa lalu.

Anugerah itu bagi mengiktiraf penyertaan syarikat bagi ‘Solar-powered Sanitation: No Upfront Cost, Cuts Emissions’, yang mempamerkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui mampu memperkukuh prestasi operasi rawatan air sisa kumbahan, selain memacu pembangunan infrastruktur mapan serta memperkukuh daya tahan kewangan.

Program yang memenangi anugerah itu membabitkan pelaksanaan sistem tenaga solar di 16 loji rawatan kumbahan di seluruh negara menerusi model inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI).

Inisiatif itu menjana kapasiti tenaga solar sebanyak 6.3 megawat puncak (MWp) dan menghasilkan kira-kira 7,700 megawat sejam (MWh) tenaga boleh diperbaharui setiap tahun bagi menyokong rawatan hampir 148 juta meter padu air sisa kumbahan setiap tahun.

Inisiatif itu dijangka menjimatkan hampir RM41.8 juta kos elektrik daripada grid, selain mengurangkan lebih 5 gigaram (Gg) pelepasan karbon dioksida setiap tahun.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img