Krisis bekalan global : Kementerian diselaras perbelanjaan operasi

SEMUA kementerian telah dimaklumkan mengenai pelarasan perbelanjaan operasi masing-masing sebagai sebahagian usaha kerajaan menyelaras aktiviti susulan cabaran rantaian bekalan global.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, setiap kementerian menerima pemberitahuan daripada Kementerian Kewangan Malaysia berhubung penyesuaian tertentu terhadap perbelanjaan operasi.

“Langkah ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk menyelaras aktiviti, program dan pelaksanaan, khususnya ketika Malaysia berdepan cabaran akibat krisis bekalan global,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet hari ini.

Menurutnya, garis panduan jelas telah diberikan, namun perincian lanjut akan dimuktamadkan melalui perbincangan melibatkan ketua setiausaha kementerian, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

Mengulas sama ada terdapat perancangan untuk menyemak semula Belanjawan 2026, Fahmi berkata, tiada cadangan sedemikian setakat ini.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img