‘’Kenangan kekal dalam hati’’ – Kata Kevin Choo mengenang Allahyarham Dr Siti Hasmah

SALAH satu gambar yang menjadi tumpuan ketika majlis pengebumian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada Ahad lalu ialah kehadiran seorang lelaki berbangsa Cina di sisi Tun Dr,Mahathir Mohamad.

Wajahnya nampak kesedihan, sekali sekala sambil mengusap belakang Dr,Mahathir bagi menenangkan bekas Perdana Menteri itu, lelaki tersebut mengesat air matanya.

Apabila video dan gambar itu tular dalam media sosial ramai tertanya-tanya sesiapa lelaki tersebut.Semalam melalui akaun Threads, lelaki berkenaan iaitu Ahli Fisioterapi, Choo Zhang Hui atau Kevin Choo meluahkan perasaan berikutan kembalinya Allahyarham Dr.Siti Hasmah ke rahmatullah.

Kevin Choo yang berusia 31 tahun itu  meluahkan rasa terharu apabila mengenang kembali peluang berada bersama Allahyarhamah.

Kata Kevin, Allahyarhamah merupakan sosok yang amat dihormati dan dikaguminya, justeru kesempatan berada di sisi tokoh berkenaan menjadi satu penghormatan besar buat dirinya.

“Tun Hasmah adalah seseorang yang amat saya hormati dan kagumi. Berpeluang berada di sana dan berkongsi walaupun sedikit daripada perjalanan hidup beliau adalah sesuatu yang akan sentiasa saya hargai.

“Ada detik yang menjadi kenangan, dan ada kenangan yang menjadi sebahagian daripada hati kita untuk selama-lamanya,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here