Kenapa Perintah Mahkamah ‘teruk sangat’,apa syarat tahanan rumah? – Tun Faisal

KETUA Penerangan Bersatu, Tun Faisal Kamal Ismail Aziz mempersoalkan kesalahan yang terdapat dalam Perintah Mahkamah berkaitan arahan bagi membolehkan Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman melalui tahanan rumah.

Melalui hantaran di Facebook yang disertakan dengan keratan dokumen perintah itu, beliau mempersoalkan kenapa Perintah Mahkamah ‘’tu teruk sangat?’’.

‘’Ini Perintah Mahkamah. Bukankah sepatutnya disemak berulang kali sehingga tiada sebarang kesalahan. Nak buat surat rasmi tanpa sebarang arahan pun kita semak berulang kali. Membaca kali pertama, rasanya ramai, termasuk saya yang akan kata dokumen ini ‘FAKE’,’’ katanya.

Beliau turut menegaskan orang ramai akan keliru apabila membaca arahan dalam perintah tersebut.

‘’Selepas menyatakan bahawa penerima pengampunan perlu kembali ke Penjara Kajang atau penjara lain yang ditetapkan oleh Komisioner Jeneral Penjara, dokumen tiba-tiba menyambung dengan perkataan: “or to Menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah…”,’’ katanya.

Tun Faisal berkata, ia  menimbulkan percanggahan dengan ayat sebelumnya yang menyatakan bahawa Perintah tersebut terbatal dan penerima pengampunan hendaklah kembali menjalani hukuman di penjara.

‘’ Ada beberapa kemungkinan:

  1. Perkataan or to merupakan kesilapan penyuntingan atau terjemahan.
  2. Ayat tersebut mungkin disalin (copy & paste) daripada peruntukan atau teks lain tanpa penyelarasan yang sempurna.

III. Adakah disengajakan? Kalau disengajakan – maka eloklah WAF (Wan Ahmad Fayshal-bekas Ketua cari siapa yang mendraf arahan mahkamah ini. Siapa? Kalau Peguam Negara pun mempertikaikannya, adakah bermaksud yang membuat draf ini bukan daripada pihak kerajaan?

Sehubungan itu Tun Faisal berkata, tidak berbangkit soal kuasa Yang di-Pertuan Agong tetapi yang perlu dijelaskan kepada rakyat adalah apakah maksud Tahanan Rumah dan perinciannya.

‘’Bagaimana berada dalam TAHANAN RUMAH itu berbeza dengan dalam PENJARA AWAM? Apakah yang dibenarkan dan apakah yang tidak dibenarkan dilakukan oleh Najib? Apakah aturan mengenai rutin seharian dan kehadiran pelawat kerana Najib masih berada dalam tempoh hukuman bukan dibebaskan daripada hukuman? Siapakah yang akan memastikan peraturan Tahanan Rumah ini diikuti? Belum nampak perkara ini di mana-mana. Adakah Ahli-ahli Parlimen telah membahaskannya?,’’ tanya beliau.

Selain itu kata beliau, ramai juga mahu tahu – apakah syarat-syarat yang dilampirkan dan tidak boleh dilanggar oleh Najib selaku Tahanan Rumah selain membayar denda. Perkara ini juga tidak jelas.

‘’Siapa yang boleh menjelaskan persoalan-persoalan yang ditanya oleh rakyat ini?,’’ katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here