Kerajaan pastikan setiap dasar, bantuan dinikmati rakyat Sabah – PM

KERAJAAN akan terus memberi tumpuan terhadap keperluan rakyat Sabah dengan memastikan setiap dasar dan bantuan dapat dilaksanakan secara berkesan serta dinikmati rakyat di lapangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Facebook berkata, beliau memberi jaminan akan meneliti beberapa perkara terkait pembangunan dan kebajikan rakyat negeri itu.

Menurutnya, perkara itu dibincang ketika beliau menerima kunjungan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan yang juga Ahli Parlimen Batu Sapi, serta Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar hari ini.

“Perbincangan turut menyentuh ikhtiar meningkatkan taraf hidup rakyat khususnya di kawasan luar bandar termasuk usaha memperkukuh peluang ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

“Kerajaan akan terus memberi tumpuan terhadap keperluan Sabah agar setiap dasar dan bantuan bukan sekadar diumumkan tetapi benar-benar sampai dan dirasai rakyat di lapangan, insya-Allah,” kata beliau.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img