Kerajaan setuju beri elaun pelajar tingkatan enam

KERAJAAN  bersetuju menyediakan peruntukan bagi pemberian elaun kepada pelajar tingkatan enam dalam Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan Oktober ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira terdapat pelajar di peringkat berkenaan ketika ini tidak menerima sebarang elaun berbanding bantuan yang disediakan untuk pelajar sekolah rendah hingga tingkatan lima serta peringkat universiti.

“Baru-baru ini dalam dialog saya dengan anak-anak prauniversiti, saya kata dari darjah satu sampai tingkatan lima ada elaun, universiti ada elaun. Tingkatan enam, prauniversiti tidak ada.

“Jadi saya umumkan, dalam Belanjawan kita bulan Oktober, saya akan sediakan peruntukan dan elaun untuk pelajar-pelajar tingkatan enam,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika berucap pada program Temu Anwar bersempena dengan Ambang Merdeka Sahabat MADANI di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam hari ini.

Anwar bagaimanapun berkata jumlah peruntukan berkenaan belum dimuktamadkan dan akan ditentukan berdasarkan kemampuan kewangan kerajaan semasa.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here