Kerajaan setuju perkenal Elaun Pasca Cuti Bersalin – PM

KERAJAAN pada dasarnya bersetuju memperkenalkan Elaun Pasca Cuti Bersalin (EPCB) pada kadar 80 peratus daripada gaji anggapan bulanan Orang Berinsurans (OB) wanita, yang akan dibayar secara one-off.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif itu yang akan membabitkan pindaan kepada Akta Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) 2017 dijangka memberi manfaat kepada lebih 132,000 pekerja wanita.

Menurut beliau, data menunjukkan semakin ramai wanita berusia antara 25 hingga 29 tahun meninggalkan tenaga kerja, dengan komitmen berkaitan keibuan antara faktor yang mendorong keadaan itu.

“Sebagai langkah progresif ke hadapan, kerajaan pada dasarnya bersetuju memperkenalkan elaun sekali beri,” katanya ketika menyampaikan amanat pada Sambutan Hari Pekerja 2026 peringkat kebangsaan dengan tema `Pekerja MADANI Kesuma Negara’ di Unifi Arena, Bukit Jalil hari ini.

Menurutnya, elaun yang dicadangkan itu adalah sebanyak 80 peratus daripada gaji semasa pekerja.

“Elaun ini adalah bantuan kewangan bagi cuti tambahan sehingga 30 hari (sebulan) yang diambil selepas tamat tempoh cuti bersalin 98 hari,” katanya.

Mengikut Akta Kerja 1955, setiap pekerja wanita di negara ini layak menikmati cuti bersalin sebanyak 98 hari berterusan termasuk hari rehat dan hari kelepasan am.

Pekerja wanita turut layak mendapatkan elaun bersalin sekiranya bekerja sekurang-kurangnya 90 hari dalam tempoh sembilan bulan sebelum bersalin.

Selain itu, mereka juga perlu bekerja sekurang-kurangnya sehari dalam tempoh empat bulan sebelum bersalin, dan mempunyai kurang daripada lima orang anak yang masih hidup.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img