Kerajaan tak peluk tubuh hadapi krisis global, ambil langkah utamakan rakyat – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan kerajaan tidak akan berpeluk tubuh dalam mendepani krisis global yang semakin kompleks.

Dalam hantaran di akaun rasmi beliau di platform X hari ini, Perdana Menteri turut menekankan bahawa setiap langkah yang dilaksanakan kerajaan adalah terarah dan berpaksikan kepentingan rakyat.

Pada masa yang sama, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, tindakan itu juga bagi memastikan Malaysia kekal bersedia, berdaya tahan serta tidak terdedah kepada kejutan bekalan tenaga.

“Dalam keadaan geopolitik Asia Barat yang kian meruncing dan tidak menentu, kerajaan bertindak lebih awal dan berwaspada dengan mengukuhkan jaringan kerjasama bersama rakan yang diyakini seperti Oman demi memastikan kepentingan rakyat sentiasa dilindungi,” kata beliau.

Perdana Menteri sebelum itu menerima kunjungan hormat Pengerusi National Gas Company SAOG Oman, Sh Abdulla Suleiman Hamed Al Harthy di pejabatnya bagi memperkukuh kerjasama strategik serta meneroka peluang pelaburan baharu yang mampu menjamin kestabilan bekalan tenaga negara.

“Langkah memperluas kerjasama perdagangan minyak dan gas asli cecair ini bukan sekadar pilihan, tetapi satu keperluan strategik bagi memastikan rantaian bekalan tenaga negara kekal stabil, sekali gus mengelakkan tekanan kos yang boleh membebankan rakyat dan perniagaan,” kata Anwar.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img