Kes rangka bayi : Lima suspek disambung reman tiga hari lagi

TEMPOH reman lima individu termasuk seorang remaja wanita berusia 19 tahun yang disiasat berhubung penemuan rangka bayi ditanam di laman sebuah rumah di Kelemak, Alor Gajah disambung hari ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, mahkamah membenarkan lanjutan reman selama tiga hari sehingga Rabu ini bagi semua suspek yang berusia antara 14 hingga 40 tahun.

Beliau berkata, lima individu yang ditahan itu membabitkan empat ahli keluarga iaitu remaja perempuan berusia 19 tahun yang dipercayai ibu kepada bayi berkenaan, ibunya, kakaknya serta adik lelakinya selain teman lelaki remaja berkenaan.

“Kertas siasatan kes dijangka dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) hari ini untuk arahan lanjut.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, pada 25 Mac lalu melaporkan polis menemui rangka bayi yang dipercayai dilahirkan kira-kira empat bulan lalu, tertanam di laman sebuah rumah di Kelemak.

Penemuan itu sekali gus menggemparkan penduduk teres setingkat berkenaan yang masih dalam suasana Syawal.

Susulan kejadian itu wanita berusia 19 tahun termasuk teman lelakinya antara lima individu yang ditahan bagi membantu siasatan penemuan rangka bayi di laman rumah berkenaan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img