Koperal maut motosikal bergesel lori di Jalan Kebun

SEORANG anggota polis maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Kebun, Klang, Rabu lalu.

Mangsa, Koperal Izwan Napiah, 41, yang bertugas di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu dipercayai berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Jalan Kebun menghala ke Rimbayu.

Menurutnya, ketika bergerak lurus, motosikal mangsa dipercayai bergesel dengan bahagian tayar sebuah lori yang dipandu lelaki tempatan.

“Kesan pergeseran itu menyebabkan mangsa hilang kawalan dan terjatuh di jalan raya.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis memohon kerjasama orang ramai atau saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi BSPT IPD Klang Selatan atau mana-mana balai polis berhampiran.

Katanya, semua pengguna jalan raya diseru supaya sentiasa mengutamakan keselamatan, mematuhi peraturan lalu lintas serta undang-undang ditetapkan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here