Lapan anggota polis antara sembilan ditahan, kesalahan berkaitan air ketum

LAPAN  anggota polis antara sembilan ditahan atas kesalahan berkaitan air ketum dalam serbuan di Taman Keramat, Kuala Lumpur kelmarin.

Menurut sumber, serbuan dilakukan kira-kira jam 8.45 malam di Jalan AU1 Taman keramat hasil kerjasama Cawangan Risikan dan Operasi Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang Jaya.

“Lapan anggota ditahan itu membabitkan tujuh yang bertugas di pelbagai cawangan sekitar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, manakala seorang lagi bertugas di IPD Brickfields. Turut ditahan bersama mereka di lokasi adalah seorang orang awam,” kata sumber itu, lapor Buletin TV3.

Sumber tersebut memaklumkan semua suspek kini ditempatkan di Lokap Balai Polis Hulu Kelang, dengan permohonan reman dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Sementara itu, Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Aida Abdul Hamid mengesahkan penahanan itu, dengan siasatan telus dilaksanakan pihak IPD Ampang Jaya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here