Lawan kini mencemburui persefahaman UMNO-Pas – Asyraf Wajdi

KESEFAHAMAN yang terjalin antara UMNO dan Barisan Nasional (BN) dengan Pas sehingga menyaksikan kejayaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan disifatkan semakin dicemburui pihak lawan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu dibuktikan menerusi pelbagai bentuk intimidasi yang cuba digunakan pihak lawan bagi menggagalkan usaha penyatuan ummah berkenaan.

“Kejayaan yang kembali memutik di Johor dan Negeri Sembilan ini bukannya datang bergolek secara percuma, penyatuan ummah dengan rakan-rakan kita Pas kini semakin dicemburui oleh lawan.

“Sehingga terpaksa dibayar dengan harga yang tinggi, pelbagai intimidasi pelbagai fitnah dan pelbagai juga tuduhan-tuduhan jahat telah direka. Semata-mata untuk menakutkan, mencalar reputasi dan menguji hati pimpinan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada pembukaan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di ibu negara hari ini.

Terdahulu, hari ketiga PAU 2026 dimulakan dengan upacara menaikkan bendera Sang Saka Bangsa seawal jam 8 pagi, yang melambangkan semangat perjuangan serta kesetiaan ahli kepada parti.

Selesai upacara berkenaan, perhatian terarah ke Dewan Merdeka yang menghimpunkan hampir 3,000 perwakilan bagi mendengar Ucapan Dasar Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Antara isu yang dijangka disentuh Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri, ialah hala tuju kerjasama politik parti dalam kerangka Kerajaan Perpaduan dan agenda Rumah Bangsa.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here