Lee Chean Chung letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya

AHLI Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Parlimen tanpa sebarang syarat.

Beliau membuat pengumuman itu menerusi sidang media di pejabatnya di Seksyen 1, Petaling Jaya hari ini.

Chean Chung sebelum ini pada 12 Jun lalu mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR berkuat kuasa serta-merta selepas 18 tahun bersama parti berkenaan.

Bagaimanapun, ketika itu beliau berkata, akan kekal sebagai ahli PKR serta meneruskan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya sehingga Parlimen dibubarkan.

Chean Chung memenangi kerusi Parlimen Petaling Jaya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here