Lelaki 47 tahun dilaporkan hilang di Bangi Lama

SEORANG lelaki berusia 47 tahun dilaporkan hilang selepas dipercayai berada di sebuah kandang lembu di Kampung Bahagia Bangi Lama, Kajang, sejak 25 September lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu pada 1 Oktober lalu kira-kira jam 9.25 pagi.

Menurutnya, lelaki berkenaan, Palachanthar a/l Krishnan, berketurunan India, mempunyai ketinggian antara 155 hingga 160 sentimeter dan berat antara 60 hingga 65 kilogram.

“Dia berbadan kurus, berambut lurus pendek dan berkulit coklat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan lelaki berkenaan diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114222.

Maklumat juga boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat, Sarjan M Mazlan Sha Narding di talian 018-2746196.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here