Lelaki cedera terjatuh pokok di Gunung Berembun

SEORANG lelaki cedera di kepala dan patah kaki akibat terjatuh dari pokok ketika mengambil buah-buahan di Gunung Berembun, di Seremban petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 2.49 petang.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampangan bergegas ke lokasi sebelum tiba jam 3.03 petang.

“Difahamkan mangsa berada sejauh lima kilometer dari Pos Pendaftaran Perhutanan. Maklumat awal daripada pemanggil memaklumkan terdapat seorang lelaki berusia 45 tahun cedera di kepala dan tidak dapat meneruskan perjalanan ke kaki bukit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut jurucakap itu, mangsa dikatakan berada di berhampiran lata Gunung Berembun.

Tambahnya, komander operasi memulakan pendakian bagi operasi SAR mangsa dengan bantuan bersama orang awam (pemanggil) pada jam 3.05 petang tadi.

“Namun bantuan tambahan Pasukan Khas Unit STORM diperlukan berikutan mangsa cedera parah disebabkan terjatuh dari pokok.

“Pada jam 4.40 petang, mangsa yang cedera di bahagian kepala, bahu kanan dan patah di kaki kiri diberikan rawatan awal sebelum dibawa turun ke kaki bukit,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here