Lelaki dikhuatiri lemas ketika selamatkan cucu saudara

SEORANG lelaki dikhuatiri lemas ketika cuba menyelamatkan cucu saudaranya yang tenggelam ketika mandi di Sungai Kampung Pulau Kudat, Kuala Berang di Hulu Terengganu hari ini.

Mangsa, Harun Ibrahim, 51, dilaporkan hilang dan gagal dikesan di lokasi kejadian ketika dia cuba menyelamatkan cucu saudaranya itu.

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri hilang selepas menyelamatkan cucu saudaranya di Sungai Kampung Pulau Kudat, Kuala Berang di Hulu Terengganu hari ini. GAMBAR: JBPM Terengganu

​Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian menerusi panggilan MERS 999 jam 10.15 pagi sebelum laporan polis dibuat pada jam 10.51 pagi.

​”Berdasarkan maklumat awal daripada penduduk kampung, mangsa pada mulanya cuba menyelamatkan cucu saudaranya yang sedang mandi di sungai berkenaan.

​”Malangnya, selepas berjaya menyelamatkan kanak-kanak tersebut, mangsa tiba-tiba lemas dan tenggelam ke dalam sungai serta tidak lagi kelihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Sharudin, susulan laporan itu, Timbalan Ketua Balai Polis Kuala Berang bersama lapan anggota membabitkan unit Rondaan Cegah Jenayah (RCJ), Unit Rondaan Bermotor (URB), serta kereta peronda polis (MPV) telah bergegas ke tempat kejadian.

“Setakat ini mangsa masih belum ditemukan dan operasi pencarian sedang giat dijalankan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Berang yang menggerakkan seramai enam anggota,” katanya.

Difahamkan, mangsa merupakan seorang penerima pencen Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan pesakit dialisis buah pinggang.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img