Lelaki ditemukan lemas ketika mandi di Air Terjun Sungai Pertak

SEORANG lelaki ditemukan lemas ketika mandi bersama rakan-rakannya di Air Terjun Sungai Pertak di Kuala Kubu Bharu petang tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira jam 6.13 petang.

GAMBAR: JBPM Selangor

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu bergegas ke tempat kejadian dan tiba kira-kira 15 minit kemudian bagi memulakan operasi mencari dan menyelamat.

Menurut beliau, mangsa berjaya dijumpai dan dibawa naik ke darat oleh pasukan penyelamat dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Pegawai perubatan daripada Kementerian Kesihatan yang berada di lokasi bagaimanapun mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Menurut Ashrul Riezal, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan serta prosedur susulan.

Tambah beliau, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan diri ketika menjalankan aktiviti air di kawasan rekreasi.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here