Bomba selamatkan 11 pendaki terperangkap dalam terowong akibat arus deras

SEBANYAK 11 pendaki yang terperangkap di dalam terowong akibat arus deras di Sungai Pisang Waterfall Trailhead di Gombak akhirnya berjaya diselamatkan pasukan bomba dan penyelamat, petang ini.

Dalam kejadian itu, kesemua pendaki termasuk enam wanita berusia antara 22 hingga 24 tahun dikatakan terperangkap di dalam terowong akibat arus sungai deras.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.11 petang.

“Seramai enam anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 21 kilometer.

“Mereka dipercayai tidak dapat menyeberang kerana laluan terhalang, kesemua mangsa berjaya ditemukan dalam keadaan selamat pada jam 5.15 petang.

“Operasi menyelamat dijalankan menggunakan tali penyelamatan dan peralatan Personal Flotation Device (PFD) bagi membantu mangsa keluar dari kawasan berisiko,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, anggota bomba turut melakukan pemeriksaan di sekitar kawasan bagi memastikan tiada lagi unsur bahaya atau mangsa lain yang terlibat.

“Operasi terkawal pada jam 6.31 petang sebelum ditamatkan pada jam 7.02 malam,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img