Lelaki hilang sejak Isnin ditemukan terapung di tasik

SEORANG lelaki yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu ditemukan lemas apabila mayatnya dijumpai terapung di Tasik The Mines, Seri Kembangan semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, polis menerima maklumat berhubung penemuan mayat itu pada jam 2.25 petang selepas seorang lelaki yang bekerja di Cruise The Mines menghubungi anggota polis bertugas di Kaunter Aduan Balai Polis Sungai Besi Indah, Seri Kembangan.

“Lelaki berusia 44 tahun itu ditemukan terapung di tasik berkenaan, semakan lanjut mendapati mangsa telah dilaporkan hilang sejak Isnin lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhamad Farid berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Idris Shah Serdang untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img