Lelaki maut, seorang lagi patah tulang rusuk ketika bantu ibadah korban

SEORANG lelaki   meninggal dunia selepas ditanduk seekor kerbau ketika membantu ibadah korban dalam kejadian di Kampung Tenang, Ulu Tiram, Johor Bharu semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam ACP Mohd Sohaimi Ishak berkata kejadian berlaku kira-kira 10 pagi dan mangsa berusia 45 tahun yang mengalami kecederaan dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah untuk mendapatkan rawatan.

“Bagaimanapun, kira-kira 11 malam hari sama, mangsa disahkan meninggal dunia di hospital,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Sohaimi berkata hasil laporan bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan saluran darah (vaskular) pada kaki kiri dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara  itu dalam kejadian berasingan semalam, Mohd Sohaimi memberitahu,seorang lelaki berusia 45 tahun patah tulang rusuk kiri selepas seekor kerbau secara tiba-tiba bertindak liar dan menanduknya dalam kejadian di Batu 19, Kampung Sungai Tiram.

Kejadian yang turut tular di media sosial itu berlaku kira-kira 2 petang dan mangsa sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail.

 Beliau berkata pihaknya juga telah memaklumkan kedua-dua kejadian itu kepada Jabatan Veterinar Negeri Johor untuk tindakan susulan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img