Lelaki Pakistan ditahan bawa lebih 700 minuman keras dipercayai seludup

SEORANG lelaki warga Pakistan dipercayai bertindak sebagai ‘transporter’ minuman keras seludup ditahan bersama 735 botol dan tin arak pelbagai jenama di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) dekat Pegoh, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar berkata, suspek berusia 31 tahun itu ditahan kira-kira jam 1.45 pagi oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Alor Gajah ketika menjalankan Op Motosikal di lokasi berkenaan.

“Kereta jenis Toyota Altis dipandu suspek ditahan selepas dikesan bergerak dalam keadaan mencurigakan menghala ke bandar Melaka.

“Hasil pemeriksaan polis menemui 495 botol dan 240 tin minuman keras pelbagai jenama dipercayai tidak bercukai yang disimpan di tempat duduk belakang serta dalam bonet kereta.

“Pemandu lelaki warga Pakistan itu turut ditahan dan kenderaan berkenaan dirampas untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek kini direman selama 14 hari bermula semalam hingga 29 Mei ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img