Lelaki rentung dalam kebakaran rumah dua tingkat

SEORANG lelaki warga Indonesia ditemukan rentung selepas rumah dua tingkat yang didiaminya bersama ahli keluarga musnah dalam kebakaran di Kampung Bayu Permai, Beluran, hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Baha Sudirman, 49, ditemui rentung di salah sebuah bilik dalam rumah berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Nur Azlan Shah Jamalludin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 9.40 pagi.

Katanya, pasukan bomba berdepan kesukaran untuk tiba ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 18 kilometer dari balai kerana tiada laluan akses.

“Seramai enam anggota terbabit dalam operasi pemadaman dan terpaksa menggunakan pam angkut dengan sumber air daripada kolam berhampiran bagi memadam kebakaran.

“Mangsa yang ditemui rentung kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Beliau berkata, operasi memadam kebakaran ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.40 tengah hari.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img