Lelaki warga China terlibat pandu lawan arus meninggal dunia selepas hadiri prosiding

LELAKI  warga China yang terlibat dalam kes memandu secara melawan arus meninggal dunia petang tadi ketika menerima rawatan di hospital, selepas menghadiri prosiding di Mahkamah Majistret Sungai Petani.

Mangsa yang juga pengarah syarikat, Lu Xun, 55, kelihatan tidak bermaya dan berkerusi roda ketika tiba di mahkamah sebelum prosiding dijalankan pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan, lelaki itu meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pantai.

“Dia disahkan meninggal dunia jam 5.30 petang di Hospital Pantai,” katanya ringkas menerusi Whatsapp, lapor Buletin TV3.

Difahamkan, lelaki itu sudah menetap di Malaysia kira-kira 30 tahun dan mendapatkan rawatan sejurus selesai urusan di mahkamah.

Terdahulu, Mahkamah Majistret Sungai Petani menjatuhkan hukuman penjara satu hari dan denda RM10,000 terhadap lelaki itu di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara 12 bulan jika gagal membayar denda, selain lesen memandunya digantung selama dua tahun.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memandu kereta secara berbahaya kepada orang awam dengan memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar sebuah kenderaan lain di Jalan Lencongan Barat, Kuala Muda, jam 9.20 malam, 26 April lalu.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki warga China mencetuskan kekecohan apabila memandu melawan arus sejauh kira-kira 500 meter sebelum terbabit dalam kemalangan di Bandar Laguna Merbok.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img