Lelaki warga Malaysia ditahan di Singapura, usaha seludup 18,400 vape gagal

SEORANG  lelaki warga Malaysia ditahan selepas pihak berkuasa di Linkedua Tuas menggagalkan cubaan menyeludup lebih 18,400 rokok elektronik (vape) dan 1,400 komponen berkaitan ke Singapura dengan sebuah lori pada Isnin.

Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), berkata rampasan itu adalah yang terbesar membabitkan penyeludupan vape di pusat pemeriksaan darat Singapura sejak hukuman lebih berat dikuatkuasakan pada 1 September lalu.

“Barang rampasan dan suspek diserahkan kepada Pihak Berkuasa Sains Kesihatan untuk siasatan lanjut,” kata ICA dalam satu hantaran di Facebook .

Agensi itu memaklumkan lori berdaftar di Malaysia berkenaan dikesan oleh Pusat Penyasaran Bersepadu ICA melalui penilaian risiko sebelum ketibaan dan diarahkan menjalani pemeriksaan ketat.

Hasil pemeriksaan, pegawai menemukan barangan terlarang itu yang disembunyikan dalam lori terbabit yang diisytiharkan membawa “komponen untuk bidai luaran bermotor”.

Pada Ogos lalu, ICA memaklumkan pemeriksaan di pusat pemeriksaan udara, darat dan laut telah diperketat bagi mengesan dan menghalang cubaan penyeludupan vap, sebagai sebahagian daripada usaha bersepadu seluruh kerajaan membasmi produk terbabit.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img