Logo pada kenderaan bukan lambang rasmi PDRM – Polis

POLIS mengesahkan logo yang dipaparkan pada sebuah kenderaan persendirian menerusi video tular di media sosial bukan lambang rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin berkata, pihaknya mengesan satu hantaran di Facebook yang memaparkan kenderaan berkenaan menggunakan logo yang menyerupai lambang rasmi pasukan itu.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati logo terbabit merupakan reka bentuk rasmi sebuah pertubuhan kebajikan, Nursiqah, yang berdaftar secara sah dan mempunyai persamaan dari segi visual dengan logo PDRM.

“Pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi memastikan sama ada penggunaan logo tersebut pada kenderaan berkenaan mematuhi undang-undang sedia ada atau bertujuan untuk mengelirukan orang awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, PDRM memandang serius sebarang tindakan meniru, mengubah suai atau menggunakan lambang yang menyerupai identiti pasukan keselamatan tanpa kebenaran kerana boleh menimbulkan salah faham serta menjejaskan imej dan integriti pasukan.

Orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi di media sosial yang boleh menjejaskan siasatan.

Sebarang maklumat berkaitan kejadian itu boleh disalurkan menerusi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0522 atau 03-2146 0585, Pusat Kawalan Daerah IPD Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here