Malaysia perkukuh kerjasama pelbagai bidang dengan Boao Forum for Asia – PM

MALAYSIA akan terus bekerjasama rapat dengan Boao Forum for Asia (BFA) dalam bidang perdagangan dan pelaburan, transformasi digital, kecerdasan buatan, peralihan tenaga, keterjaminan makanan, pendidikan serta pembangunan bakat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menzahirkan perkara itu ketika menerima kunjungan Setiausaha Agung BFA, Zhang Jun bagi bertukar-tukar pandangan mengenai landskap serantau dan global yang semakin mencabar.

DATUK Seri Anwar Ibrahim bersama pengurusan tertinggi Boao Forum for Asia (BFA). GAMBAR: Facebook Anwar Ibrahim

“Dalam suasana dunia yang berdepan ketidaktentuan geopolitik, tekanan ekonomi serta perubahan teknologi yang pesat, saya menegaskan bahawa kerjasama serantau yang lebih erat, inklusif dan berteraskan dialog kekal menjadi kunci kepada kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan bersama,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata, ikhtiar itu diharap dapat terus memperkukuh daya tahan rantau dan membuka lebih banyak ruang kerjasama yang memberi manfaat nyata kepada rakyat secara keseluruhannya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img