MALBATT serah 292 aset kepada Angkatan Tentera Lubnan

MENTERI Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled menyaksikan Majlis Simbolik Penyerahan Aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui MALBATT kepada Lebanese Armed Forces (LAF) di Kem Marakah, Lubnan menjelang pengakhiran penugasan MALBATT di negara itu.

Menerusi Facebook beliau, Khaled berkata, sebagai sebahagian daripada proses pengunduran, sebahagian aset MALBATT akan dibawa pulang ke Malaysia, dilupuskan di Lubnan dan sebahagiannya diserahkan kepada LAF.

‘’Bagi penyerahan ini, ia melibatkan 292 aset dianggarkan bernilai sekitar AS$10 juta, termasuk kenderaan dan pelbagai kelengkapan yang akan diserahkan secara berperingkat sehingga Januari 2027,’’ katanya.

Beliau berkata, penyerahan itu mengambil kira manfaat kepada LAF dan masyarakat setempat, khususnya dalam aspek kebajikan, bantuan kemanusiaan dan keamanan.

‘’Semoga aset ini akan terus memberi manfaat kepada Lubnan dan rakyatnya walaupun selepas misi MALBATT berakhir,’’ katanya.

Aset berkenaan diserahkan secara simbolik oleh Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Sri Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim kepada wakil LAF, Brigadier Jeneral Engineer Bassem Saad, dan turut disaksikan oleh Duta Besar Malaysia ke Lubnan, Anwar  Udzir.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here