Maritim tahan bot nelayan disyaki langgar syarat lesen

SEBUAH Vesel Nelayan Tempatan (VNT) Kelas A yang dipercayai beroperasi tidak mengikut syarat lesen terbongkar selepas ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sarawak dalam operasi bersepadu di perairan Tanjung Po, minggu lalu.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairi Abdul Aziz berkata, tindakan itu diambil menerusi Op MARDOF yang dilaksanakan bersama Jabatan Perikanan Laut Sarawak (JPLS) pada 24 Jun lalu kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Menurutnya, rondaan penguatkuasaan mengesan sebuah Vesel Nelayan Tempatan (VNT) Kelas A berada kira-kira 5.5 batu nautika di timur Tanjung Po sebelum pemeriksaan dilakukan.

“Pemeriksaan mendapati vesel berkenaan dikendalikan seorang tekong lelaki berusia 55 tahun bersama empat awak-awak lelaki berusia antara 36 hingga 43 tahun.

“Siasatan awal mendapati pengoperasian vesel itu dipercayai tidak mematuhi syarat lesen kerana tidak dijalankan oleh pemilik asal seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 8B Akta Perikanan 1985,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, susulan itu, tindakan penahanan dilakukan dan keseluruhan pengurusan kes termasuk siasatan lanjut diserahkan kepada Jabatan Perikanan Malaysia.

Katanya, semua kru bersama vesel terbabit dibawa ke Jeti Perikanan Santubong untuk tindakan selanjutnya.

Mohd Khairi berkata, operasi berterusan akan diteruskan bagi memastikan aktiviti perikanan dijalankan mengikut undang-undang serta mengekang sebarang pelanggaran syarat lesen di perairan negara.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img