Gadis maut dalam kemalangan 3 kenderaan dekat Karak

SEORANG wanita maut selepas kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan tiga buah kenderaan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, empat yang lain masing-masing berusia dalam lingkungan 20-an, berbangsa Cina terselamat.

Katanya, panggilan kecemasan diterima kira-kira pukul 2 pagi sebelum sebuah jentera bersama enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Komander operasi melaporkan kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan jenis Perodua Ativa, Myvi dan Honda City.

“Pemandu Ativa, City bersama dua lagi lelaki yang menaiki Myvi selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, mangsa seorang wanita berusia 19 tahun yang merupakan penumpang City terperangkap dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan.

“Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 3.32 pagi dan seterusnya diserahkan pada pihak polis,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img