Mayat wanita bawah timbunan pelepah sawit: Polis tahan tiga lelaki bantu siasatan

TIGA lelaki warga asing ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang wanita warga Indonesia yang mayatnya ditemukan disorok di bawah timbunan pelepah kelapa sawit di kawasan ladang di Telemong, Bentong, Pahang pada 3 November lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, dua suspek berusia lingkungan 30-an yang bekerja di ladang berkenaan ditahan sehari selepas mayat wanita dalam keadaan reput itu ditemukan.

Beliau berkata, hasil siasatan dilakukan terhadap kedua-dua suspek itu, polis menahan seorang lelaki petang semalam.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati suspek yang ditahan semalam mengaku terbabit dengan pembunuhan itu.

“Mangsa dipercayai dibunuh dua minggu lalu dan mayat wanita berusia 41 tahun itu disembunyikan di bawah longgokan pelepah kelapa sawit.

“Mangsa dikatakan sudah bersuami dan tinggal di Kuala Lumpur namun polis masih menyiasat tujuan wanita itu ke kawasan ladang terbabit bertemu suspek.

“Siasatan awal mendapati berlaku pertikaian antara wanita itu dan suspek menyebabkan mangsa dibunuh,” katanya pada sidang media di Kuantan hari ini, lapor Berita Harian.

Yahaya berkata, suspek utama kes pembunuhan itu direman seminggu mulai hari ini bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, mangsa dipercayai dibunuh menggunakan objek tumpul dan motif pembunuhan sedang disiasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img