Meninggal dunia ketika candat sotong, punca akibat serangan jantung

AKTIVITI mencandat sotong bertukar tragedi apabila seorang lelaki meninggal dunia selepas rebah secara tiba-tiba ketika berada di atas bot di perairan Besut, Jertih, awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.16 pagi itu, mangsa berusia 59 tahun dan berasal dari Jerangau, Dungun dilaporkan pengsan ketika menjalankan aktiviti berkenaan bersama rakan-rakannya.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, rakan mangsa cuba memberikan bantuan pernafasan kecemasan sebaik menyedari keadaan lelaki itu.

Bagaimanapun, usaha menyelamatkan mangsa tidak berjaya.

“Mangsa kemudian dibawa ke jeti Kampung Tanjung Lali dekat Kampung Raja sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang bertugas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, bedah siasat yang dijalankan di Hospital Besut mengesahkan punca kematian adalah akibat serangan jantung.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img