Murid lelaki Tingkatan 4 lemas selepas terjatuh longkang

SEORANG murid lelaki berusia 16 tahun ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Bandar Seri Putra, Kajang, petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, panggilan kecemasan diterima kira-kira pukul 4.23 petang.

Katanya, sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih dihantar ke lokasi kejadian.

“Komander operasi melaporkan terdapat seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditemukan lemas di kawasan tadahan depan pintu pagar Kolej Universiti Islam Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa ditemukan kira-kira dua kilometer dari lokasi dilapor terjatuh.

“Menurut keterangan saksi, mangsa terjatuh ke dalam longkang ketika berjalan bersama-sama rakan pulang dari sekolah,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img