Nahas Honda Civic, Toyota Hilux ragut dua nyawa

DUA lelaki maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah Toyota Hilux dalam kemalangan di Jalan Gambang-Maran berhampiran simpang Kampung Paya Rambutan, Kuantan, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.59 tengah hari itu, kedua-dua mangsa yang menaiki Honda Civic tersepit di dalam kenderaan sebelum dikeluarkan anggota bomba menggunakan peralatan khas.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 12.59 tengah hari.

Katanya, seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian.

“Kemalangan membabitkan sebuah Honda Civic dinaiki dua lelaki dan sebuah Toyota Hilux dipandu seorang lelaki.

“Akibat kemalangan itu, dua mangsa di dalam Honda Civic tersepit dan terpaksa dikeluarkan menggunakan peralatan khas.

“Pemandu Toyota Hilux turut cedera dalam kemalangan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, pemandu dan penumpang Honda Civic disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here