Pas bukan lagi parti kecil yang diperlekehkan – Afnan Hamimi

PAS kini berdiri di pentas politik Malaysia bukan lagi sebagai parti kecil yang diperlekehkan, sebaliknya sebagai gerakan Islam yang semakin diterima rakyat, kata Ketua  Dewan Pemuda Pas , Afnan Hamimi Dato’ Taib Azamudden.

Katanya,  fakta menunjukkan Pas memperoleh lebih 2.4 juta undi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu, manakala jumlah keahlian parti itu hampir mencecah 900,000 orang.

“Apa makna angka ini? Maknanya jelas, iaitu daripada setiap 10 orang yang memilih Pas, hanya empat orang ahli Pas, sementara enam orang lagi bukan ahli Pas!

“Ertinya, lebih 1.5 juta rakyat Malaysia yang bukan ahli Pas, yang tidak pernah daftar dalam sistem kita, sanggup memberi undi, memberi harapan, memberi kepercayaan kepada perjuangan ini!” katanya, lapor Harakahdaily.net.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama di Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia kali ke-66 di Kompleks Pas Kedah, Alor Setar.

Afnan Hamimi yang juga Ahli Parlimen Alor Setar berkata, perkembangan itu membuktikan Pas bukan lagi parti milik ahli semata-mata, sebaliknya sudah menjadi parti rakyat.

“Pa sudah menjadi parti pilihan bagi mereka yang dahagakan politik bersih, politik berprinsip, politik solusi. Mereka tidak mencari retorik. Mereka mencari kepercayaan. Dan mereka melihat kepercayaan itu dalam Pas,” tegasnya.

Beliau mengingatkan bahawa amanah itu besar dan berat kerana Pas bukan sahaja perlu menjaga ahli, tetapi juga wajib menjaga keyakinan jutaan rakyat di luar parti itu.

“Jangan sekali-kali kita mengecewakan mereka. Jangan sekali-kali kita khianati kepercayaan itu,” katanya.

Beliau menegaskan, PRU-15 hanyalah permulaan, manakala PRU-16 akan menjadi penentu sejauh mana Pas boleh membuktikan ia bukan sekadar parti terbesar, tetapi juga mampu membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan.

“Adakah kita mampu? Inilah ujian sebenar untuk Pemuda Pas,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img