PDRM, ATM sifatkan Budi Madani RON95 bukti keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat

PELAKSANAAN  inisiatif subsidi petrol Budi Madani RON 95 (BUDI95) sebagai tanda keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat termasuk anggota keselamatan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata langkah itu membuktikan komitmen kerajaan dalam memperkukuh kesiapsiagaan keselamatan negara, khususnya melalui sokongan bersepadu kepada PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“PDRM yakin inisiatif ini akan memberi nilai tambah kepada keberkesanan operasi serta memperkukuh kerjasama strategik antara agensi keselamatan demi kesejahteraan rakyat dan kedaulatan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan pula insentif tersebut bukan sahaja dapat meringankan kos sara hidup malah merupakan pengiktirafan kepada pengorbanan anggota keselamatan yang sentiasa berkhidmat menjaga keamanan dan kestabilan negara.

“Kami amat berbesar hati serta berterima kasih kepada kerajaan dengan inisiatif ini dan berharap usaha ini dapat diteruskan demi kesejahteraan pasukan keselamatan negara,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 203/2025 di Port Dickson.

Beliau berharap kerajaan akan terus memberi perhatian terhadap kebajikan anggota keselamatan supaya mereka lebih bersemangat dalam menjalankan tanggungjawab menjaga kedaulatan dan keselamatan tanah air.

Inisiatif BUDI95 mula dilaksanakan tengah malam tadi, dengan kira-kira 300,000 anggota tentera dan polis menjadi kumpulan peringkat pertama menikmati subsidi petrol RON95 yang ditetapkan pada harga RM1.99 seliter berbanding pasaran semasa RM2.05 seliter.

Pegawai Tentera Lt Kol Muhammad Afifi Azham Mohd, 36,  berkata pemberian subsidi kepada anggota keselamatan sebagai penerima awal adalah satu pengiktirafan kepada barisan hadapan negara.

“Pemberian insentif tersebut yang dianggap sebagai langkah proaktif kerajaan dalam membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat. Terima kasih atas usaha murni kerajaan yang jelas menunjukkan keprihatinan terhadap denyut nadi rakyat,” katanya.

Pegawai Waran 1 Mohamad Salleh Kosnon, 41, berkata langkah ini dapat membantunya mengurangkan perbelanjaan petrol kerana perlu berulang-alik setiap hujung minggu untuk bertemu keluarga di Kluang, Johor.

Beliau yang bertugas di Kem 93 Upkat, Port Dickson daripada Kor Rejimen Askar Jurutera Diraja itu berharap inisiatif berkenaan dapat diteruskan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img